4/25/12





tahun 2011 aku ade buat kajian tentang industri komik Malaysia.... dan aku dapati keputusannya yg amat memeranjatkan. Aku mulakan dgn situasi yg biase berlaku kat Malaysia iaitu kenapa kebanyakan remaja Malaysia banyak menolak komik Malaysia... aku teringat balik masa dulu aku ade sorang kawan yg x suke bace komik... aku pon memperkenalkan komik Gantz... lepas dr hari tu...die pon jd obses ngan komik jepun... lepas tu die ade tanye aku komik Malaysia ade x yg cam utk pembacaan matang... aku pon jawab "Ade komik The Arrival komik Bear,Monggo komik Slaium...dan lain2 lg r..."...lepas tu aku pon wat sekuel pertame World Riot yg bertajuk Poisons Eyes.


komik ni cukup spesel bagi aku sebab aku buat terang-terangan dan aku tidak hantar artwork komik ni pada mane2 editor pon... sebab aku tau editor komik Malaysia tidak akan menyiarkan komik seperti ini lagipon komik ini ditulis oleh org pantai timur yg miskin dan bukan dari keluarga yg mempunyai pangkat sprt Dato dan Tan Sri...komik ni pon aku tulis pendek jee....sebab aku tau "beban" org Malaysia utk membaca buku komik seperti ini dan aku pon tahu tidak ade orang Malaysia akan merima komik ni dgn terbuka.. malah akan menolak terus...
 citer ni berlaku sebelum World Riot kisah seorang penembak tepat yg membawa parut dendam yg mahu membalas dendam diatas kematian keluarganya dalam penghapusan dan pengawalan "bakat"




 aku cuba memaparkan background yg menunjukan oopppsss.....(cam Melodi lak..) situasi ini berlaku di Russia
 aku pon tak tau kalo komik sebelum ni ade yg mengunakan genre FPS jd dengan perasannyer aku mengistiharkan dengan sombongnyer...aku lah ORANG yg first time wat komik berbentuk FPS...hahahaha
 komik kali ni aku aku menambah beberapa watak yg tak diceritakan dlm komik World Riot seperti diatas Skurka(bukan nama seberna) dia ni adalah orang yg banyak membantu Krusnakof dalam mencari maklumat.Dia juga tidak dapat dikenal pasti asal usulnya
 Viktor-dendam lama Igor Krusnakof yg juga ayah angkatnya. Tentera taat setia opsss...(skali lagi)
banyak mengajar krunakof teknik berperang dan juga teknik penembak tepat...
Yalena- Pelacur yg krusnakof biasa langgani....ade cerita pasal ni...kene bace rrr...


kalo korang perasan aku penah tampilkan watak Igor Krusnakof dlm World Riot



lepas dari komik ni aku mula terfikir "BATU ARAS" komik Malaysia... jadi aku mula memikirkan LABEL baru utk komik Malaysia iaitu KOMIK UNTUK PEMBACAAN MATANG... aku mula nak buat logo lebel sendiri...dan bukan bersifat bahan lucah... ia adalah komik pembacaan matang...

selepas aku masukan komik ni dlm FB...secara tiba2 FB aku seperti "diraba" . Aku tahu aku buta IT... tp buat "korang" nak kacau...aku ni cam budak tepi jalan yg biase jee... "korang" X perlu rase takutlah kat aku...

selepas dari tu juga--- oleh kerana permintaan ramai.....komik ni akan disambung...


No comments:

Post a Comment